Followers

Monday, April 22, 2013

SAL 7th pattern - Beets

Saya kini sibuk berusaha keras untuk menyiapkan SAL Vege. Saya akui saya jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dgn stichers yg lain... But i will try my very best to finish it... 

31 May 2013 merupakan hari terakhir utk SAL Vege ini setelah ianya dimulakan pada May 2012. Satu tahun diberi untuk menyiapkan 8 jenis vege yang diberi kepada stitchers yang mengambil bahagian... 

Saya dalam proses untuk memulakan pattern yang terakhir iaitu tomatoes....hehehe....doakan agar saya berjaya menyiapkan sebelum hari terakhir tersebut.

Gambar di bawah telah di candid oleh roomates saya sewaktu dia sibuk membelek handphone saya. Tergelak tatkala melihat gambar candid ini. Ketika ini saya sibuk memfokuskan diri untuk melihat which part of daun yang saya harus mulakan stitch...  ;)


Siap muncung-muncung. Fokus....fokus...   ;)



Step by step.

 Seperti yang sedia maklum, saya amat meminati backstitch. Backstitch akan melengkapkan keindahan dan menyerlahkan lagi sesuatu karya. Saya cukup minat dengan bs pada botol di sebelah beets ini...Unique...  ;)


Minat betul saya kat botol ni.
 
Beets...

Terjatuh di situ.
 Selesai menyiapkan bs utk urat2 daun dengan menggunakan code benang DMC917, saya excited nak mulakn bs yang menggunakan code DMC3371. Hari Jumaat, which mean saya ada 1jam setengah untuk buat cs during my lunch hour.... Guess what...saya tak terjumpa mana benang DMC3371... Hati dah panas dan sedikit kecewa, puas saya belek laci...beg...tak terjumpa benang tersebut. Menyalahkan diri kerana tak check benang2 sebelum pergi kerja.

Apa saya nak buat lunch hour yang panjang ini, aduh...ruginya...takkan nak tido? Pusing sana pusing sini, last-last tergerak nak tengok bawah meja....alahai....ko terjatuh kat situ rupanya (atas saferty shoes saya).... Hehehe.... Memanjatkan kesyukuran dan terus berCS seperti biasa...

Gambar di bawah gambar anak-anak beraktiviti dengan saya... Farzana sibuk sebut rama-rama sampai naik pening dibuatnya, maka, dgn idea yg digoogle, inilah rama-ramanya...  ;)

Activiti bersama anak-anak.
Saya suka gambar di bawah. Saya snap gmbr embun di rumput....indahnya....  :)   
Embun.

8 comments:

  1. hahaha tang muncung tu yg mahal..tq opismate ina, berjaya capture priceless moments. bila close up cross stitch ina tu, mmg nampak lawo. *thumbs up!

    ReplyDelete
  2. kakak ku, kak syida.. Mcm2 gaya dlm masa beberapa saat...hahaha...mcm tu rupanya saya tatkala 'membaca' pattern... Lawo ea...oh gembiranya... *wink wink*

    ReplyDelete
  3. waaa.. kemain lagi serius study pattern.. hiks...kemas jahitan ina.. congrats!

    ReplyDelete
  4. kak nisa, hehehe...serius smpai tak sedar kena snap...
    Kemas gitu2 je kak nisa... :) Thanks... :)

    ReplyDelete
  5. Backstitch Ina memang kemas. Salute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yati... :) biasa-biasa je tue...

      Delete
  6. Khusyuknya baca pattern! Hehe

    Cantikla warna purple beets tu.. geram tgk!

    Wow..embun pagi.. di musim panaass ini nmpk embun mmg menyegarkan kan... =)

    ReplyDelete