Rabu, 14.12.2011, anak sulungku, terpaksa menjalani proses mencabut giginya di HTAA....dia kena GA due to penakut dan tak memberi kerjasama ketika bertemu dentist...Masanya dah tiba...Perasaan risau tak dapat nak cerita, mlm tue mmg sy tak tidur lena memikirkan akan hari esok. Kami kena berada di day care ward sebelm jam 7am. Dan Ammar menjadi patient yg pertama masuk.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dua jam juga Ammar di dalam, dan sy terpksa masuk sekali lagi untuk menenangkan Ammar yg menangis apabila sedar setelah selesai operasi. Di recovery area, diberi setengah jam sebelum ditransfer ke dlm wad. Mmg banyak darah yg keluar...Saya yg mabuk darah, terpksa coolkan diri anak...
Mana gigi yang rosak dan tak dapat diselamatkan terpaksa di cabut. Total gigi yg hilang sebanyak....... 8 batang gigi... Ohhh....sy rasa amat bersalah sekali... Ini kerana saya gagal disiplinkan diri utk gosok gigi Ammar semasa kecil...Kesal pun tak guna...Mmg sejak Ammar stop susu botol, saya tak lupa gosok gigi Ammar...paksa walaupun dia tak nak.
Sejak dua menjak nie, Ammar menjadi semakin bagus...tak lupa nak gosok gigi dan sentiasa ready pabila sy mengajaknya walaupun ketika itu gigi geraham semakin besar lubangnya. Hmmm....terima kasih sahabatku kerana sudi berkongsi rasa...