Followers

Sunday, January 29, 2012

Ke STITCHERS Untuk Kali Yang Terakhir

Salam... Apa khabar sahabat-sahabat sealiran hobi denganku... Oh ya, selepas cuti raya cina baru-baru ini, ku panjangkan cutiku selama 2ari. Kenapa? Semuanya gara-gara mendapat berita yg Stitchers milik Tengku Puan Pahang akan ditutup hujung bulan Januari.

Perasaan saya, sudah tentu hati saya luluh seluluhnya...sedih dan sebak jangan cerita...Sungguh saya terkesan dengan penutupan Stitchers ini... ;( Akhirnya saya terpaksa mengawalkan pengambilan cuti saya semata-mata hendak berada di Stitchers.

Untuk makluman, saya ada bercadang hendak mengambil cuti 2 hari pada bulan April nanti tetapi bila mendapat perkhabaran ini sudah tentu saya terpaksa mempercepatkan pengambilan cuti.

Selepas menghantar anak-anak ke tadika/taska saya terus ke Shahzan Inn Hotel kerana disitulah terletaknya kedai inspirasi ini...Saya memang awal tapi tidak mengapa, saya terus mengeluarkan project saya sambil menunggu ketibaan makcik Saerah dan Nurly. Hampir pukul 10am, makcik pun sampai...sambil berbual, saya terus mengambil majalah2 lama untuk memilih pattern untuk diphotostate. Memandangkan majalah milik kedai Stitchers, setiap pattern yg dipilih untuk diphotostat,ada nilainya. black & white A4-RM1, A3-RM2, kalau color, A4-RM4 dan A3-RM8. Kita yang decide nak photostat color atau B&W. Memang mahal tapi berbaloi...

Apa-apa pun, layan aje gambar yang tak seberapa ini.



Pintu depan kedai...kalau ikutkan penuh tapi pemilik hasil CS telah pun mengambil semula.

Yang tinggal...

Kebanyakan dibuat untuk anakanda Tengku Puan. Samada hasil TPP atau ahli Stitchers.

Masa ni, saya tengah membelek majalah2 dan buku2

Hasil mengabiskan duit

Atas ke bawah : Linen half meter, 16ct(712) suku meter dan 14ct(white) 1m setengah


Beli beg juga...

Rupa beg




Dua gambar ini (pemandangan dan stacked mug) adalah Wish List saya. Bila nak buat? Saya pun tak pasti...scenery itu saya akan buat ats 18ct dan stacked mug ni saya plan utk dijahit atas kain linen...

Sesungguhnya, pada hari kedua saya berada di sana, saya dapat kenal beberapa orang ahli Stitchers...terasa saya kecil di sisi mereka-mereka ini...To be honest saya akan merindui makcik Saerah itu...saya betul-betul peluk dia dengan erat...Terima kasih makcik di atas tips yg diberikan kepada saya.

Apa-apa pun, saya akan teruskan semangat saya untuk bercross stitch...

pst: saya ke Stitchers sekali lagi pada hari sabtu (semalam) untuk mengambil sebahagian pattern yg siap dicopy oleh Nurly...dan sempat lagi membeli benang dan menambah koleksi hoop... ;) oopppssss....





8 comments:

  1. Sayangnya..
    Ada ahli the Stitchers rupanya. Mesti otai-otai dalam cross stitch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, ada ahli Stitchers...ada cina jugak tau...bukan melayu semata-mata je...Otai, collection pun boleh tahan. Selama nie berCS xpernah guna hoop, dorang yg advice guna hoop...jangan malas...muahahaha...

      Delete
  2. emmm cedihnya... na, hoop tu apa..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya panggil hoop...benda bulat yg digunakan masa nak jahit CS supaya tension jahitan cs serata..

      Jgn la sedih...saya pun sedih jgk.

      Delete
  3. Ina... sedihnyaaa... tak sempat jejak kaki ke sana... byk jugak ina shopping ye... pas ni kalau nak shopping kena dtg kl lah... gi haby & wools... byk ke tips yg otai2 tu bg? share le ngan kitorang... tapi bab guna hoop tu akak memang tak rajin, sbb melambatkan stitching tapi hasil dia memang cantik...dulu2 pernah guna, skrg free hand jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik tu kata, kalau tak pakai hoop dan buat style sy biasa buat tue, dia kata itu pemalas namanya. kikiki...So skrg nie mmg saya belajar pakai hoop...nak bagi biasa.

      Pasal haby &wools tue, ada plan nak ke sana, kalau sempat, sbb hujung bulan feb nie sy ada seminar kt hotel quality selama 2ari...kalau berani dan sempat, nk ke sana...nak beli kain 18ct....hehehehe

      Delete
  4. wahhhhhhhh mcm best je.kat mane ni. jauh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pn Yuda...mmg la sgt best tapi malangnye kedai tue telah ditutup buat selama-lamanya...uwa....
      Buat pengetahuan Yuda, kedai nie berada di dlm Shahzan Inn Hotel, Kuantan...

      Delete